Thursday, August 6, 2009

Seorang fasilitator yang baik~~

Perkataan ‘ Fasilitator ’ berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris ‘ Facilitator ’ yang bermaksud pemudah cara. Salah satu antara dua perkataan ini boleh digunakan sebagai ganti nama kepada orang-orang yang terlibat dengan Latihan Dinamika Kumpulan. Kedua-dua perkataan ini sering didengar dan digunakan bagi tujuan membantu kumpulan mencari penyelesaian secara berkelompok. Fasilitator merupakan seseorang yang memimpin perbincangan dan bukannya memberi maklumat perbincangan . Kata pepatah dalam bahasa Inggeris "From a sage on the stage to a guide by the side. Fasilitator akan menanyakan soalan yang betul daripada memberikan jawapan soalan yang betul . Ia lebih mementingkan komunikasi dua hala daripada komunikasi sehala . Ia lebih berpusatkan kumpulan daripada berpusatkan pemimpin.

Di sekolah , guru boleh bertindak sebagai fasilitator . Oleh itu , pembelajaran seharusnya beranjak daripada pembelajaran yang terlalu bergantung kepada guru kepada pembelajaran secara autonomi .Guru harus beranjak daripada hanya memberi maklumat kepada membantu pelajar mengurus pembelajaran mereka sendiri .

Namun, untuk menjadi seorang fasilitator yang baik haruslah mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
• Mempunyai komunikasi yang baik dan berkesan
• Penguasaan kepada isu yang dibincangkan
• Memberi kerjasama yang baik serta mengamalkan demokrasi
• Disiplin yang tinggi dalam mengendalikan forum
• Mempunyai ciri kepimpinan yang baik
• Bertanggungjawab
• Saling belajar dan saling mendengar
• Kreatif
• Kontrak mata yang baik
• Bersikap terbuka dan positif
• Mesra dan akrab
• Tidak mendominasi keadaan
• Tidak mengkritik keterlaluan
• Mempunyai pemikiran yang kritikal

No comments:

Post a Comment