Tuesday, October 13, 2009






Orang Kurang Upaya

Malaysia merupakan sebuah Negara membangun yang sangat menitikberatkan kebajikan rakyatnya, terutama ke atas golongan orang kurang upaya. Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2007, " Orang Kurang Upaya" (OKU) boleh didefinisikan sebagai
“ Mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat ”.


Selain itu, orang kurang upaya (OKU) juga boleh didefinisikan sebagai ”Seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuh atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu dan tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan semasa dari segi fizikal atau mental dan samada ia berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu”.
Terdapat beberapa kategori orang kurang upaya (OKU) yang didaftarkan termasuklah Kurang Upaya dari segi Pendengaran, Penglihatan, Fizikal, Cerebral Palsy, menghadapi Masalah dari segi Pembelajaran, Down' SyndromeAutisma dan sebagainya.
Golongan ini juga hendaklah mendaftarkan keahlian dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membolehkan golongan ini mendapat hak keistimewaan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Antaranya ialah bagi pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), mereka diberi elaun khas dengan kadar sebayaran sebanyak RM300 sebulan dan bayaran akan dibuat sekali dalam satu semester. Selain itu, golongan OKU turut mendapat kemudahan dari segi Pengangkutan Awam, Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan, Kemudahan Alat Ganti Orang Kurang Upaya, Kemudahan Peluang Pekerjaan di sektor Awam dan Swasta, Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan, Kemudahan Membeli Kereta Dan Motorsikal Nasional, Pencen Terbitan dan lain-lain lagi.
Mengikut Dasar Kebajikan Masyarakat Negara, Perkhidmatan Pemulihan Orang Kurang Upaya (OKU) merangkumi "Kemudahan dan pengesanan awal disediakan bagi mereka (Orang Kurang Upaya) untuk menerima rawatan, pemulihan, pendidikan dan latihan. Usaha untuk mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat digalakkan agar mereka bersedia manghadapi keadaan sosial semasa."


Di samping itu, kerajaan juga menyediakan beberapa pusat perlindungan bagi golongan OKU. Antaranya ialah YOKUK ( Kelantan ), Taman Sinar Harapan (TSH),
Pusat Latihan Perinsustrian dan Pemulihan Bangi (PPLPP), Bengkel Daya, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Rumah Kelompok, Pusat Pemulihan Samarahan dan
POKUAT (Terengganu).
Sebagai kesimpulannya, kerajaan telah memperuntukan sejumlah wang yang besar dalam membela nasib golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan memberi keselesaan yang sewajarnya dalam membolehkan golongan ini meneruskan kehidupan seharian.

Monday, October 12, 2009

A System Perspective : The Pincus Minahan Model

Di dalam model Pincus Minahan ini membahagikan konsep asas modelnya kepada dua bahagian iaitu "target system dan action system". Untuk permulaan ianya bermula daripada "presenting problems". Di sini klien akan memberitahu akan masalah yang dihadapi dan pekerja sosial akan cuba mendengarnya. Contohnya klien memberitahu masalah yang dihadapinya ialah masalah percintaan. Seterusnya ianya akan bergerak kepada "client system".Dalam masalah yang dihadapi oleh klien, sistem klien itu akan dikenalpasti oleh pekerja sosial.Dalam masalah percintaan tadi, sistem klien yang dikenalpasti ialah kawan-kawan di sekolah,guru-guru,rakan sekelas dan sebagainya.

Seterusnya untuk "change agent system",pekerja sosial akan mengenalpasti siapa yang terlibat dalam menangani masalah yang dihadapi oleh klien ini. Contohnya dalam masalah percintaan tadi, kaunselor merupakan ejen yang terlibat. Kaunselor akan bertanggungjawab memberi nsihat dan bimbingan kepada klien di sekolah.Setelah semunya selesai, maklumat yang diperoleh akan diproses dan dianalisis(assesment of data).Pekerja sosial akan mengakses maklumat melalui sistem yang ada.Contohnya pekerja sosial akan bertanya kepada kawan-kawan klien tentang apa sahaja yang berkaitan dengan masalah yang dihadapinya.Setelah itu, jangkaan-jangkaan kepada masalah itu(determination of outcome goals. Pekerja sosial akan mencari jangkaan-jangkaan yang baik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien.Jangkaan-jangkaan itu akan dinilai kembali untuk memastikan hanya yang terbaik dipilih(determination of targets).Seterusnya, strategi yang bakal diambil akan difikirkan untuk menyelesaikan masalah klien.Strategi yang diambil akan dinilai secara baik dan buruknya. Kesan daripada strategi akan dinilai.Akhirnya, penilaian secara keseluruhan akan diambil kira.

teori tingkahlaku kognitif

Tujuan : Untuk meningkatkan kefungsian sosial dan untuk mendorong klien belajar bagaimana berfikir secara realistik dan positif dengan menggunakan pengalaman serta ilmu pengetahuannya.


Aplikasi : Pendekatan ini memerlukan pelanggan mempunyai keperluan keupayaan intelek dan sanggup meluangkan masa untuk memantau dan menganalisa cara-cara pemikirannya serta untuk mengamalkan teknik yang direka bentuk untuk mengubah tabiat-tabiat yang telah tersedia. Teori tingkahlaku kognitif ini berguna menyelesaikan masalah yang terganggu, estim diri yang rendah dan fikiran bersalah. Ia juga digunakan kepada kanak-kanak ( 10 tahun dan ke atas), remaja, seseorang yang mengalami pertumbuhan dan dewasa.


Huraian :
Dalam teori tingkahlaku kognitif ini, kita dapat lihat bagaimana manusia berfikir dan memproses maklumat yang diterima. Fokus yang terbesar ialah berkaitan kognitif (fikiran, emosi dan tingkah laku). Apa yang dikirkan oleh seseorang amat mendorong mereka memperlihatkan melalui tingkah laku. Masalah tingkahlaku dan masalah peribadi sering berlaku dalam pemikiran yang rosak, tidak waras dan dalam kepercayaan tidak berasas serta tidak realistik dalam mencari jalan yang terbaik. Oleh itu, kita sepatutnya mempunyai pemikiran yang positif, realistik, waras dan terbuka untuk menangani apa sahaja permasalahan yang datang tanpa tidak menanggung bebanan risiko yang besar untuk bermasalah dan terganggu.


Contoh aplikasi :

Seorang remaja berusia 17 tahun yang masih di bangku sekolah mengalami masalah keluarga yang berpisah. Oleh kerana masalah berpunca dari keretakan rumahtangga ibu bapa, remaja tersebut sering keluar rumah untuk bersama-sama rakan nya sehingga lewat malam. Fikirannya telah terganggu disebabkan pergaduhan oleh ibubapanya. Remaja tersebut berpendapat ibubapanya tidak wajar berpisah dan mereka merupakan punca dirinya tidak terurus dan tidak memiliki keluarga yang sempurna. Oleh kerana pemikiran negatif dan tidak terbuka ini, kesannya adalah kepada tingkahlakunya yang mendorong untuk keluar sehingga lewat malam tanpa mempedulikan lagi kehidupannya di rumah. Emosi yang kurang stabil ini membentuk tingkah laku yang negatif dan buruk.

Monday, September 28, 2009

cabaran masa kini dan hadapan kebajikan sosial~~

Kebajikan sosial ialah bagaimana bantuan dihulurkan dari segi kewangan, fizikal, emosi dan sebagainya kepada golongan yang memerlukan untuk meningkatkan lagi tahap kefungsian sosialnya untuk menjalani hidup yang lebih baik. Mengikut Midgley (1997) mendefinisikan kebajikan sebagai satu sistem teratur yang mempunyai pelbagai perkhidmatan sosial yang tujuannya untuk membantu masyarakat meningkatkan kualiti hidup yang lebih sejahtera. Menurut Zastrow pula, kebajikan ialah usaha untuk mengubah dan meningkatkan keadaan sejahtera baik dari segi fizikal, mental dan sosial.

Kebajikan sosial perlulah diambil serius oleh masyarakat sama ada di negara mundur, sedang membangun dan negara maju sekalipun. Di negara mundur contohnya, golongan-golongan yang memerlukan bantuan, miskin, kebuluran, diserang penyakit, ketiadaan tempat tinggal dan kehidupan yang tidak terurus haruslah mendapat bantuan dari keprihatinan kebajikan sosial ini. Ini adalah untuk bersama-sama menangani masalah-masalah yang membelenggu yang membuatkan penderitaan kepada mereka.negara yang sedang membangun pula haruslah sentiasa menjadi prihatin dan mendekatkan diri dengan masyarakat yang memerlukan bantuan ini. Kebajikan pada masa kini contohnya di Malaysia agak mendapat sambutan yang mengalakkan. Terdapat pelbagai institusi dan medium yang menawarkan kebajikan sosial kepada golongan yang memerlukan seperti anak yatim, orang kurang upaya (OKU), golongan bekas banduan dan sebagainya. Untuk negara yang maju pula, kebajikan sosial sedikit tercicir kerana wujudnya zaman yang lebih canggih dan bersaing hebat. Ini sedikit sebanyak menimbulkan sikap persaingan dan berdikari yang membuatkan kebajikan sosial terlepas pandang. Namun demikian, masih terdapat bantuan-bantuan yang disalurkan oleh negara maju untuk membantu mana-mana golongan yang memerlukannya.

Jika dibandingkan dengan kebajikan sosial dahulu,tidak terdapat banyak institusi yang ditubuhkan untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan seperti anak yatim, mangsa rogol, rumah perlindungan dan sebagainya kerana mereka masih belum terdedah dan sukar mencari sumber. Namun kini jelas kebajikan sosial mendapat sambutan yang memberangsangkan kerana masyarakat telah sedar bahawa perlunya menwujudkan sikap saling bantu-membantu dan budaya penyayang agar kefungsian sosial dapat ditingkatkan semasa ke semasa. Banyak agensi-agensi telah menawarkan bantuan dan bekerjasama memberi sumber untuk membantu golongan-golongan yang kurang bernasib baik ini.

Saturday, September 12, 2009

mengapa manusia bermasalah~~

Genetik

Genetik adalah sains kebakaan iaitu satu pengkajian tentang keturunan, ataupun sains yang berkaitan dengan mekanisma pewarisan. Ia juga satu bidang yang berkaitan dengan pemindahan maklumat biologi dan penggunaan maklumat tersebut dalam perkembangan dan fungsi organisma. Kebakaan atau pewarisan ialah satu fenomena perpindahan ciri-ciri induk kepada keturunan mereka dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Sains pewarisan menerangkan tentang persamaan dan perbezaan di antara induk dan anak-anaknya. Ia juga berkaitan tentang perpindahan gen daripada induk ke anak-anaknya (progeninya).

Apa yang ingin dibincangkan ialah perkaitan antara mengapakah manusia bermasalah dengan pengaruh genetik kepadanya. Faktor genetik merupakan faktor yang saling berkait rapat dengan tingkahlaku bermasalah seseorang. Contoh yang jelas ialah dari segi pemakanan, baka, dan sebagainya.

Dari segi pemakanan, contoh yang jelas ialah ketika ibu mengandung. Jika ketika mengandung ibunya mengambil makanan yang tidak sihat dan berbahaya seperti pengambilan alcohol, ketagihan rokok, pengambilan dadah dan pelbagai lagi ini akan mendorong kepada kecacatan kepada bayi yang akan dilahirkan. Seterusnya jika bayi itu cacat dan tidak sempurna, masalah pengabaikan akan berlaku. Ini akan tercetusnya isu anak terbiar yang membawa kepada masalah social. Gentik dari pemakanan ibu ketika mengandung akan melahirkan seorang bayi yang bermasalah serta mengalami pelbagai masalah kecacatan yang lain. Ini jelas menunjukan bahawa genetik benar-benar mempengaruhi seseorang bermasalah.


Seterusnya pula ialah minat terhadap faktor baka sebagai satu faktor yang mempengaruhi personaliti telah tertumpu kepada trait. Khususnya trait yang manakah yang diwarisi dan trait yang mana pula yang mudah dipengaruhi oleh persekitaran. Faktor-faktor genetik menghasilkan pembawaan atau potensi untuk perkembangan dan bukan menghasilkan trait-trait badan dan tingkahlaku secara langsung. Dipercayai bahawa baka meletakkan had-had yang tidak dapat dilintasi untuk perkembangan seterusnya walaupun persekitaran yang diberi sangat baik. Kita tidak mengetahui dan tidak ada cara untukmengetahui apakah had-had tersebut. Sebagai contoh , ujian kecerdasan tidak dapat mengesan potensi yang diwarisi. Ujian itu hanya menunjukkan taraf perkembangan potensi tersebut pada masa ujian diambil. Peranan baka di dalam aspek-aspek perkembangan adalah berbeza-beza. Pengaruh baka adalah lebih bagi ciri-ciri fizikal dibandingkan dengan intelek. Begitu juga personaliti sosial tidak begitu terhad oleh baka dan sangat dipengaruhi oleh persekitaran. Contohnya jika dilahirkan dari keluarga pencuri, peratus untuk anak menjadi seperti mereka amat tinggi. Ini dikatakan sebagai pengaruh baka yang dikaitkan dengan sikap dan tingkahlaku.

Contoh lain genetik mempengaruhi manusia bermasalah ialah berpenyakit. Penyakit juga merupakan satu masalah kepada manusia. Jika dilahirkan dari keturunan yang mempunyai penyakit kanser, peratus yang tinggi anak akan turut mengalami penyakit yang sama. Apabila ini berlaku, akan memberikan tekanan hidup kepada anak. Seterusnya kerana tertekan dan pemikiran yang sempit, pelbagai masalah boleh berlaku. Ini jelas memberikan contoh mengapa dikaitkan genetic dengan permasalahan seseorang.

Kesimpulannya, genetik benar mempengaruhi mengapa seseorang itu bermasalah sama ada sedar mahupun tidak. Oleh itu, kita sebagai manusia haruslah bijak dan berfikiran positif agar tidak tergolong dalam manusia yang bermasalah kepada diri sendiri mahupun masyarakat. Pelbagai pendekatan dapat digunakan untuk mengelakkan masalah ini berlaku.

Tuesday, September 8, 2009

statistik penderaan kanak-kanak 2002-2006

Statistik Penderaan Kanak-kanak

Berdasarkan kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kes penderaan kanak-kanak semakin meningkat setiap tahun. Bagi tempoh Januari hingga April 2009, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan merekodkan sebanyak 819 kes penderaan kanak-kanak di seluruh Negara. Daripada perangkaan itu, 549 kes melibatkan kanak-kanak perempuan sementara bakinya 270 kes pula kanak-kanak lelaki. Negeri yang paling banyak mencatat kes penderaan pula ialah negeri Selangor dengan 320 kes, didikuti Perak dengan 91 kes, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 79 kes.

Selain itu, statistik perbandingan pada tahun 2008 dan 2007 turut menunjukkan Selangor sebagai negeri yang paling banyak mempunyai kes penderaan kanak-kanak. Jumlah kes yang dicatat di Selangor untuk 2008 ialah 949 kes berbanding 816 kes pada 2007. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berada di tangga kedua dengan 595 kes pada 2008 dan 444 kes pada 2007. Keadaan ini menunjukkan bilangan kes penderaan kanak-kanak di sekitar Lembah Klang sentiasa meningkat. Peningkatan ini berlaku ekoran daripada tekanan hidup yang tinggi dan tambahan jumlah penduduknya besar. Secara keseluruhannya di seluruh negara merekodkan sebanyak 2,780 kes penderaan pada 2008 berbanding 2,279 kes pada 2007.

Di sebalik peningkatan kes, JKM percaya masih banyak kes penderaan kanak-kanak yang tidak dilaporkan. Semua statistik ini ialah kes-kes yang dilaporkan tetapi saya percaya kes yang dilapor ini hanya mewakili dua peratus daripada kes yang berlaku di luar sana. Masih ada 98 peratus kes yang tidak dilaporkan. Dari segi kaum, beliau menyatakan bahawa sebahagian besar kes penderaan yang dilaporkan kepada JKM berlaku dalam kalangan kaum Melayu. Bentuk penderaan yang lazim berlaku pula ialah deraan fizikal, seksual dan emosi. Bagi tempoh Januari hingga April 2009, kes penderaan fizikal yang direkod ialah 523, seksual 230 kes (kebanyakannya melibatkan kanak-kanak perempuan) sementara emosi, 16 kes. Sehubungan dengan itu, masyarakat negara ini perlu meningkatkan peranan mereka kerana kebajikan kanak-kanak adalah tanggung jawab bersama.

Tingkahlaku nonverbal


Tingkahlaku nonverbal bermaksud segala tingkah laku yang berasaskan kepada pergerakan badan termasuklah konteks mata , gaya bahasa badan dan kualiti. Kesemua komponen tersebut adalah penting kerana ia akan menimbulkan perasaan selesa di antara kaunselor dan klien.Tingkah laku nonverbal dapat juga dilihat melalui memek muka, gaya duduk dan seumpamanya.Ia amat berguna kerana dapat membantu kaunselor untuk lebih memahami klien dan seterusnya membantu klien yang mengalami masalah.

Terdapat beberapa cara bersesuaian yang boleh digunakan ketika sesi kaunseling dijalankan.Kaunselor perlu mempelajari beberapa skil agar sesi yang dijalankan lebih baik dan bermanfaat kepada klien. Skil pemerhatian memerlukan seseorang kaunselor memerhati diri sendiri dan klien dalam sesi. Antaranya perkara yang perlu diberi perhatian ialah ialah tingkahlaku nonverbal,ekspresi muka dan bahasa badan.

Terdapat banyak kajian dijalankan tentang komunikasi bukan lisan dan kesannya
terhadap proses dan keberkesanan komunikasi. Tanpa berkata apa-apa, seseorang
itu boleh berkomunikasi menerusi reaksi yang dipaparkan pada orang lain. Isyarat bukanlisan pada hakikatnya berlaku tanpa disengajakan. Dari reaksi seseorang dapat dilihat bahawa kebanyakan tindakan dan perasaan seseorang digambarkan pada perlakuan
ketika berkomunikasi. Kajian berhubung komunikasi bukan lisan membuktikan bahawa
65% dari makna interaksi sesama insan datangnya daripada komunikasi bukan lisan.

Definisi komunikasi bukan lisan dikemukakan oleh Wood (2001), Gamble & Gamble(2002), Trenholm & Jensen (1998) dan ramai lagi. Secara umumnya, kesemua bentuk komunikasi yang bertujuan menyampaikan mesej atau maklumbalas tanpa perkataan merupakan komunikasi tanpa lisan. Suara yang sebak bunyinya, nada suara, muka masam, senyuman sinis, cara berpakaian, barang hiasan diri, cara duduk, berdiri isyarat tangan dan jarak seseorang ketika bercakap dengan seseorang yang lain mengukuhkan mesej dalam komunikasi. Komunikasi tanpa lisan menerusi perlakuan, atribut dan objek selain dari perkataan memberikan makna sosial (Seiler & Beall, 2002). Secara ringkasnya, kesemua tindakan menunjukkan mesej yang cuba disampaikan tersebut melalui komunikasi bukan lisan (non-verbal communication)



1. Kinesics
Pergerakan badan dan apa yang dilihat pada wajah menggambarkan seribu makna.
Reaksi yang ditunjukkan memberitahu orang lain pelbagai perkara tentang seseorang.
Ini termasuklah perasaan, emosi dan tujuan seseorang melakukannya. Gerak mata juga merupakan isyarat komunikasi tanpa lisan. Pergerakan dan juga pandangan mata keseorang mempunyai makna-makna tertentu yang mampu ditafsirkan oleh individu-individu yang melihatnya.

2. Penampilan Fizikal
Penampilan fizikal boleh membentuk tanggapan pertama terhadap seseorang individu
yang baru dikenali. Contohnya ketinggian, berat badan, warna kulit dan bentuk badan,
jantina, saiz, warna mata, rambut dan bentuk muka. Seringkali kita membentuk stereotaip terhadap ciri-ciri fizikal. Pada masa yang sama, pemikiran yang stereotaip ini juga seringkali dibentuk oleh budaya dan juga media. Masyarakat cenderung mengambil kira faktor fizikal sebagai faktor utama penampilan diri di samping menilai orang lain. Rupa bentuk fizikal berkait rapat dengan budaya kerana setiap budaya. Setiap budaya membuat inferens yang berbeza terhadap rupa bentuk fizikal. Rupa bentuk yang ideal juga berbeza mengikut budaya.

3. Artifak (Objek)
Artifak boleh menyatakan identiti seseorang sama ada berbentuk gender, stail, situasi
tertentu, keagamaan, semangat patriotik, profesional, personaliti , status dan minat
seseorang. Untuk menggambarkan identiti, seseorang menunjukkannya dari cara berpakaian. Cara kita berpakaian untuk sesuatu majlis dengan sendirinya akan menentukan keseragaman di antara kita dengan khalayak.

4. Haptics (Sentuhan)
Sentuhan merupakan komunikasi bukan lisan yang menyampaikan makna dalam
perhubungan. Walaupun ia merupakan bentuk komunikasi bukan lisan yang dikatakan
primitif, ianya memberikan maksud tertentu. Setiap orang mempunyai tanggapan yang berlainan terhadap sentuhan. Reaksi seseorang juga berbeza apabila disentuh. Sentuhan yang dianggap biasa bagi seseorang mungkin dianggap biadap atau bermotif seksual bagi seseorang yang lain. Sentuhan yang dianggap biasa sekiranya dilakukan dengan ketiadaan orang lain dianggap memalukan apabila dilakukan di khalayak ramai. Dengan kata lain, tanggapan terhadap sentuhan mungkin positif atau negatif.
Sentuhan yang dimaksudkan dalam komunikasi tanpa lisan ialah sentuhan menggunakan
tangan, lengan atau lain-lain bahagian badan terhadap seseorang yang lain. Sentuhan
yang dimaksudkan di sini mungkin berbentuk cubitan, cuitan, genggaman dan pelukan.
Sentuhan itu juga menggambarkan kekuatan, empati atau memahami situasi tertentu.
Namun, setiap orang mempunyai perlakuan menyentuh yang berbeza. Pengkaji komunikasi bukan lisan mengidentifikasi beberapa tujuan sentuhan.

5. Chronemics
Sikap dan keutamaan yang kita berikan kepada jalinan komunikasi dengan individu yang
lain akan ditentukan dengan cara kita menggunakan masa. Ia melibatkan aktiviti yang
seharusnya dilakukan pada masa tertentu. Sama ada seseorang menepati masa juga
mempengaruhi tanggapan seseorang terhadap anda. Penggunaan masa dipengaruhi oleh budaya. Sebagai contoh, jika mengikut “masa Malaysia”, kelewatan sehingga 30 minit mungkin masih tidak akan menimbulkan salah faham namun, jika di Barat, beberapa tafsiran negatif akan dibuat seperti tidak boleh dipercayai atau tidak boleh diharap kerana tidak menepati masa. Sebaiknya anda meminta maaf dan menerangkan mengapa lewat sampai supaya tidak dianggap kurang sopan dalam budaya orang Amerika umpamanya. Kesesuaian masa juga satu faktor yang penting dalam tanggapan yang mempengaruhi komunikasi tanpa lisan.

6. Paralanguage
Paralanguage merupakan komunikasi vokal dan cara anda menuturkan sesuatu perkataan. Ia digunakan bersama-sama pertuturan dengan tujuan mengukuhkan apa yang dipertuturkan. Ciri-ciri paralanguage melibatkan nada suara, kelajuan, ”volume”
dan kualiti. Ini termasuklah bunyi keluhan, ketawa, mengerang, “pause” atau ritma bunyi. Persepsi berkait rapat dengan paralanguage kerana ia melibatkan tanggapan terhadap seseorang sama ada fizikal, personaliti atau penilaian. Suara seseorang berupaya memberitahu orang lain bagaimana menginterpretasi mesej yang ingin disampaikan. Kiu vokal digunakan untuk menyatakan perasaan: bisikan umpamanya menghurai hubungan intim antara dua insan; manakala intonasi yang tinggi menandakan kemarahan. Suara juga mempengaruhi tanggapan seseorang dan kerana itu kiu vocal dikawal untuk mengukuhkan imej. Setiap orang pada lazimnya tahu mengawal suara untuk menyatakan perasaan gembira, sedih, atau marah.

7. Proxemics (Ruang Personal)
Penggunaan ruang memainkan peranan dalam keberkesanan komunikasi. Jarak dan ruang personal dalam komunikasi tanpa lisan terdapat dalam bentuk peribadi atau fizikal sama ada dilihat dari aspek kemesraan, peribadi, jarak sosial dan jarak rasmi mencerminkan tahap hubungan antara seseorang dengan seseorang yang lain. Pada kebiasaannya, setiap individu berusaha mengenal pasti dan memelihara ruang yang dianggap hak miliknya. Oleh itu kita semestinya perlu menghormati ruang orang lain agar tidak menimbulkan pergeseran. Sebarang pergeseran yang berlaku sama ada kecil atau besar akan mengganggu jalinan komunikasi.

8. Senyap
Kadangkala seseorang akan “menyepi diri” atau “diam seribu bahasa”. Isyarat senyap
merupakan komunikasi tanpa lisan. Bertindak senyap kadang kala lebih memberi makna
dari pengucapan biasa. Pasangan yang memahami antara satu sama lain tidak memerlukan kata-kata untuk menyatakan perasaan. Seseorang yang terlalu marah akan menyepi diri dan mungkin menyakitkan hati orang yang melihatnya kerana tidak jelas maksudnya. Apa yang nyata, komunikasi tidak dapat dijalin dengan berkesan sekiranya ini berlaku.

Thursday, August 6, 2009

1 Malaysia dalam konsep kebajikan~~

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Ini selaras dengan membantu dalam isu kebajikan rakyat. Dengan adanya rasa 1 Malaysia ini, dasar bantu-membantu masyarakat dalam menangani masalah kefungsian sosial wajar dititikberatkan.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’. Secara tidak langsung segala isu yang berkaitan dengan rakyat atau masyarakat dikongsi bersama dan bersama-sama memastikan keadilan untuk setiap warga.

‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara. 1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara. Oleh itu, tidak timbul lagi isu masalah sosial yang berlanjutan sehingga menyebabkan huru-hara sesebuah negara tersebut. Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan. Tidak perlu timbul isu pentingkan diri sendiri sehinggakan tidak membantu masyarakat lain yang mengalami masalah seperti kemiskinan, pengangguran, kehilangan pekerjaan dan sebagainya.

1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.

Social Functioning~~

How social problems affect social functioning?

Social problems may be categorized as problems having individual and societal aspects. Individual troubles such as losing a job, misconduct, inadequate parenting, criminal behavior, emotional disturbance and mental illness are ways that one could be personally affected by social problems. Societal aspects of problems can be seen in social disorganization such as that which displays itself in mass unemployment, a high crime rate or natural disasters like an earthquake.

A social problem can be understood as a difficulty in social functioning on the part of a person or a group, family, organization, or community. The emphasis on social functioning and the reduction of social stress helps define the role of social work in collaborative activity with other professions. Thus, social functioning and social stress are enduring concepts in social work. Barlett (1961) explained “ social work is always concerned with the same aspect, namely, the lessening of social stress and the improvement of social functioning”. Siporin (1975) defines social functioning as “ goodness of fit,” or reciprocal adaptation between people, individually or collectively, and their environments, that is family, school, and neighborhood. Social functioning also refers to “ the ability of people to perform tasks of daily life and to engage in mutual relationships with other people in ways that are gratifying to themselves and to others and meet the needs of an organized community” (Siporin, 1975)Social functioning includes the transaction between a person and his or her environment. Siporin (1985) indicates that self-actualization is achieved through a person’s optimal social functioning. Generally, a person’s self-actualization takes place in an interdependent relationship, where each person enhances the potential and personality of the other person and where each person is free to grow to be himself or herself. This is also true of families, groups, organizations and communities.

Social functioning can be negatively affected in many different ways. People may be develop problems in their social role performance. Families, groups, organizations and communities may lack social and economic resources, information and knowledge about a specific situation, or social supports and opportunities.

Problems may arise because of interference from others, developmental or acquired physical or mental disabilities, or overwhelming responsibilities in caring for others. Such problems may require professional intervention that focuses on the interaction between the person and elements in his or her social environment. Barker (1991) indicates that social workers help individuals, groups, families, organizations and communities to learn to deal effectively with the social problems they encounter. This process is viewed as educational, emotional supportive, and oriented to helping the client use existing social resources. In order to deal with these problems in living and to carry out the functions of social work, a worker needs to develop some basic skills in helping and some specialized skills related to specific problems and populations.

Seorang fasilitator yang baik~~

Perkataan ‘ Fasilitator ’ berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris ‘ Facilitator ’ yang bermaksud pemudah cara. Salah satu antara dua perkataan ini boleh digunakan sebagai ganti nama kepada orang-orang yang terlibat dengan Latihan Dinamika Kumpulan. Kedua-dua perkataan ini sering didengar dan digunakan bagi tujuan membantu kumpulan mencari penyelesaian secara berkelompok. Fasilitator merupakan seseorang yang memimpin perbincangan dan bukannya memberi maklumat perbincangan . Kata pepatah dalam bahasa Inggeris "From a sage on the stage to a guide by the side. Fasilitator akan menanyakan soalan yang betul daripada memberikan jawapan soalan yang betul . Ia lebih mementingkan komunikasi dua hala daripada komunikasi sehala . Ia lebih berpusatkan kumpulan daripada berpusatkan pemimpin.

Di sekolah , guru boleh bertindak sebagai fasilitator . Oleh itu , pembelajaran seharusnya beranjak daripada pembelajaran yang terlalu bergantung kepada guru kepada pembelajaran secara autonomi .Guru harus beranjak daripada hanya memberi maklumat kepada membantu pelajar mengurus pembelajaran mereka sendiri .

Namun, untuk menjadi seorang fasilitator yang baik haruslah mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
• Mempunyai komunikasi yang baik dan berkesan
• Penguasaan kepada isu yang dibincangkan
• Memberi kerjasama yang baik serta mengamalkan demokrasi
• Disiplin yang tinggi dalam mengendalikan forum
• Mempunyai ciri kepimpinan yang baik
• Bertanggungjawab
• Saling belajar dan saling mendengar
• Kreatif
• Kontrak mata yang baik
• Bersikap terbuka dan positif
• Mesra dan akrab
• Tidak mendominasi keadaan
• Tidak mengkritik keterlaluan
• Mempunyai pemikiran yang kritikal

Monday, August 3, 2009

masalah sosial~~



vandalisme semakin menjadi bualan masyarakat setempat. Di mana-mana sahaja golongan yang tidak bertanggungjawab ini mencemarkan dinding, kemudahan awam,kawasan rekreasi dan sebagainya

masalah sosial~~



masalah merempit sudah sebati dengan diri remaja yang kini dilabelkan sebagai samseng jalanan

masalah sosial~~



Ketiadaan tempat bergantung menyebabkan ibu tunggal terpaksa bekerja keras untuk menampung kehidupan anak-anak

masalah sosial~~



Kekurangan sumber makanan menyebabkan kehidupan melarat dan terpaksa hidup dalam kelaparan

masalah sosial~~



Peperangan dan kekejaman membuatkan masyarakat kini hidup dalam ketakutan dan hidup dalam kegelapan.

masalah sosial~~


Rumah setinggan.Keadaan tempat tinggal menyebabkan salah satu faktor kepada masalah sosial.

Monday, July 27, 2009

seorang pekerja sosial~~

kerja sosial~~

Perancangan Perbelanjaan Rumah

Perancangan Perbelanjaan Rumah RM 3000


1. Keperluan Asas :
 Bil elektrik, air, astro, telefon RM 200
 Sewa RM 400
 Makan / minum RM 400
 Kereta RM 400
 Peralatan rumah RM 250

2. Hiburan:
 Bersantai
 Berkelah RM 300

3. Simpanan / pelaburan :
 Tabung Haji
 ASB
 Insurans RM 300

4. Pendidikan :
 Sekolah
 Bas sekolah
 Yuran
 Buku / alat tulis RM 400

5. Kecemasan / dan lain-lain :
 Ibu bapa
 Kerosakan
 Kesihatan RM 350

JUMLAH KESELURUHAN RM 3000

Prinsip dan Etika Dalam Kerja Sosial

Profesional
Pekerja sosial perlu mengekalkan sikap professional terhadap klien. Hubungan pekerja sosial dengan klien haruslah professional. Ini bermakna sebarang hubungan personal tidak boleh wujud. Pekerja sosial harus bijak dalam menangani setiap isu dan permasalahan klien agar klien tidak menaruh sebarang perasaan personal kepada pekerja sosial. Terdapat ruang atau batas antara pekerja social dengan klien.

Kerahsiaan
Sebagai pekerja sosial, sebarang masalah dan apa yang dibincangkan dengan klien adalah menjadi tanggungjawab pekerja sosial untuk merahsiakannya. Pekerja sosial memegang amanat setiap rahsia klien dengan penuh rasa tanggungjawab. Namun, jika terdapat isu keselamatan atau mengancam pihak lain, sebagai pekerja sosial perkara ini harus dirujuk kepada pihak atas.

Menerima setiap perbezaan klien
Pekerja sosial tidak boleh membezakan setiap klien yang datang merujuk kepadanya. Ini bermakna, pekerja sosial menerima sesiapa sahaja klien mereka. Contohnya, tiada perbezaan kepada golongan kurang upaya, golongan miskin, kaya, cantik dan sesiapa sahaja. Layanan yang sama rata akan diberikan oleh pekerja sosial.

Komitmen yang tinggi
Pekerja sosial perlu mempunyai komitmen yang tinggi kepada apa sahaja yang dilakukannya. Contohnya, dalam membantu klien pekerja sosial harus bersungguh-sungguh membantu menyelesaikan masalah klien. Pekerja sosial perlu menunjukkan minat yang tinggi kepada setiap masalah klien. Ketepatan masa, ketepatan maklumat atau janji-janji dengan klien. Ini member keyakinan dan kepercayaan yang tinggi kepada klien kepada pekerja sosial. Pekerja social seharusnya meletakkan komitmen kepada klien walau siapa pun klien mereka. Nilai ini amat penting terutamanya apabila bekerja dengan kumpulan terpinggir di dalam masyarakat seperti pesakit kronik, pengguna dadah, pekerja seks, juvana ataupun penjenayah.

Berpengetahuan yang tinggi dan pelbagai
Berpengetahuan dalam pelbagai aspek bidang amat perlu sebagai pekerja sosial kerana segala bantuan yang disalurkan kepada klien memerlukan pengetahuan yang tiada batas. Apabila klien merujuk masalah kepada pekerja sosial, pengetahuan yang diperlukan pekerja sosial amat penting. Berkongsi pengetahuan bersama klien mampu membina hubungan yang positif bersama.

Komited kepada perubahan sosial
Seorang pekerja sosial seharusnya menanamkan perasaan untuk memperbaikki kehidupan sosial setiap individu dalam masyarakat terutamanya membela klien yang tidak berkuasa, tertindas dan dirampas hak nya oleh pihak tertentu. Menjadi tanggungjawab pekerja sosial dalam membeka hak klien yang ditindas dan mengalakkan kerjasama antara masyarakat untuk mengutamakan hak mereka.

what is social work?

Social work practice can be described as a process wherein people with problems and unmet needs engage with social workers in receiving help the results in change ( Sheafor, Horejsi, & Sheafor. 2000). This type of change includes individual change, as well as changes in families, groups, communities and social organizations.

Social work seeks to enhance the social functioning of individuals, singularly and in groups, by activities focused upon their social relationship which constitute interaction between individuals and their environments. These activities can be grouped into three functions : restoration of impaired capacity, provision of individual and social resources and prevention of social dysfunction.

The National Association of Social Workers (NASW, 1973), which is professional social work organization, defines social work as “ a professional activity of helping individuals, groups and communities to enhance or restore their capacity for social functioning and to create societal conditions that are favorable to their goals”.

Based on these different definitions, social work has three major purposes :
 To promote the problem solving, coping, and developmental capacities of people.
 To enhance the effective and humane operation of the systems that provide people with resources and services.
 To help link people with systems that provide them with resources, services and opportunities ( Baer & Federico, 1978)