Monday, July 27, 2009

Prinsip dan Etika Dalam Kerja Sosial

Profesional
Pekerja sosial perlu mengekalkan sikap professional terhadap klien. Hubungan pekerja sosial dengan klien haruslah professional. Ini bermakna sebarang hubungan personal tidak boleh wujud. Pekerja sosial harus bijak dalam menangani setiap isu dan permasalahan klien agar klien tidak menaruh sebarang perasaan personal kepada pekerja sosial. Terdapat ruang atau batas antara pekerja social dengan klien.

Kerahsiaan
Sebagai pekerja sosial, sebarang masalah dan apa yang dibincangkan dengan klien adalah menjadi tanggungjawab pekerja sosial untuk merahsiakannya. Pekerja sosial memegang amanat setiap rahsia klien dengan penuh rasa tanggungjawab. Namun, jika terdapat isu keselamatan atau mengancam pihak lain, sebagai pekerja sosial perkara ini harus dirujuk kepada pihak atas.

Menerima setiap perbezaan klien
Pekerja sosial tidak boleh membezakan setiap klien yang datang merujuk kepadanya. Ini bermakna, pekerja sosial menerima sesiapa sahaja klien mereka. Contohnya, tiada perbezaan kepada golongan kurang upaya, golongan miskin, kaya, cantik dan sesiapa sahaja. Layanan yang sama rata akan diberikan oleh pekerja sosial.

Komitmen yang tinggi
Pekerja sosial perlu mempunyai komitmen yang tinggi kepada apa sahaja yang dilakukannya. Contohnya, dalam membantu klien pekerja sosial harus bersungguh-sungguh membantu menyelesaikan masalah klien. Pekerja sosial perlu menunjukkan minat yang tinggi kepada setiap masalah klien. Ketepatan masa, ketepatan maklumat atau janji-janji dengan klien. Ini member keyakinan dan kepercayaan yang tinggi kepada klien kepada pekerja sosial. Pekerja social seharusnya meletakkan komitmen kepada klien walau siapa pun klien mereka. Nilai ini amat penting terutamanya apabila bekerja dengan kumpulan terpinggir di dalam masyarakat seperti pesakit kronik, pengguna dadah, pekerja seks, juvana ataupun penjenayah.

Berpengetahuan yang tinggi dan pelbagai
Berpengetahuan dalam pelbagai aspek bidang amat perlu sebagai pekerja sosial kerana segala bantuan yang disalurkan kepada klien memerlukan pengetahuan yang tiada batas. Apabila klien merujuk masalah kepada pekerja sosial, pengetahuan yang diperlukan pekerja sosial amat penting. Berkongsi pengetahuan bersama klien mampu membina hubungan yang positif bersama.

Komited kepada perubahan sosial
Seorang pekerja sosial seharusnya menanamkan perasaan untuk memperbaikki kehidupan sosial setiap individu dalam masyarakat terutamanya membela klien yang tidak berkuasa, tertindas dan dirampas hak nya oleh pihak tertentu. Menjadi tanggungjawab pekerja sosial dalam membeka hak klien yang ditindas dan mengalakkan kerjasama antara masyarakat untuk mengutamakan hak mereka.

No comments:

Post a Comment